by Oh! Semput
Pelakon Nadia Brian terpaksa melupakan hasratnya untuk membawa hubungan cinta bersama usahawan Nedim Nazri ke arah yang lebih serius kerana disahkan sudah berpisah.

Screenshot
Memetik laporan mStar, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata hubungan yang terjalin selama dua bulan itu berakhir lebih awal dan dia menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka. Tambahnya, dia tidak mahu terlalu hanyut dalam kesedihan memandangkan perkenalan mereka masih di peringkat awal.
Walaupun hubungan itu tidak berkekalan, perpisahan mereka berlaku secara baik tanpa sebarang konflik. Nadia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Bossned juga masih saling mendoakan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Nadia turut menjelaskan mengenai beberapa perkongsiannya di aplikasi Threads yang didakwa berbaur sindiran terhadap Nedim. Menurutnya, hantaran tersebut bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
Meskipun sekali lagi berdepan kegagalan dalam percintaan, Nadia menegaskan perkara itu bukan penamat dan dia tidak serik untuk membuka hati pada masa akan datang.

Screenshot
Artikel lain: Nadia Brian akur jika cinta dengan Nedim Nazri tak kesampaian – “Kalau tiada jodoh tiadalah”
Kini, Nadia memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni selain meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tersayang.
: mStar (Nazrin Zulkafli)