PM: Amir Hamzah Akan Beri Penjelasan Kepada Tengku Mahkota Pahang Isu Peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Negeri Itu

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 08 May 2026 20:02:16

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia akan meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menurut Anwar, Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa dan isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.

“Saya hormat Tengku Mahkota... (tetapi) peruntukan kepada negeri Pahang itu besar, bukan kecil.

“Saya akan minta Menteri Kewangan II menulis dan memberikan penjelasan keseluruhannya mengenai peruntukan untuk Pahang serta keadaan ekonomi semasa.

“Sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,” katanya ketika diminta mengulas teguran Tengku Hassanal hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai isu itu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Cebu, Filipina.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15 bertitah mempersoalkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu. #Malaysiakini

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts