by Oh! Semput
Pelakon cantik Fazura tampil menjawab dakwaan kononnya aktor Que Haidar tiba-tiba menghilangkan diri kerana mempunyai masalah peribadi bersamanya.

Menerusi klip video perkongsian semula siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 42, menjelaskan hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan menafikan wujud sebarang perselisihan faham.