Google Perkenal Android Halo, Paparan Aktiviti Ejen AI Secara Langsung

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 20 May 2026 14:30:19

Menerusi acara Google I/O 2026, Google turut memperkenalkan ciri baharu Android Halo yang membolehkan pengguna memantau aktiviti ejen AI secara terus dari bahagian atas skrin telefon.

Android Halo akan memaparkan penunjuk kecil di bahagian atas skrin ketika ejen AI sedang menjalankan tugasan, menggunakan live mode, atau menghantar mesej kepada pengguna.

Melalui ciri ini, pengguna tidak lagi perlu membuka semula aplikasi Gemini hanya untuk melihat status semasa sesuatu tugasan. Sebaliknya, Android Halo akan sentiasa memaparkan penunjuk bahawa AI sedang aktif, tidak kira aplikasi apa yang sedang digunakan.

Menurut Google, Android Halo akan tersedia lewat tahun ini dan akan menyokong Gemini Spark serta ejen AI lain.

Bagi peranti yang dilengkapi Gemini Intelligence, Android Halo juga akan menawarkan keupayaan tambahan, namun Google masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

{suggest}

Google Perkenal Android Halo, Paparan Aktiviti Ejen AI Secara Langsung WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts