by Oh! Semput
Bagi memastikan rangkaian pengecasan lebih efisien, Gentari secara rasmi akan memperkenalkan Idle Fee bermula 30 Mac 2026 ini. Langkah ini dibuat bagi menggalakkan pengguna mengalihkan kenderaan mereka dengan lebih cepat sebaik sahaja sesi pengecasan selesai, sekali gus memberi peluang kepada pemandu EV yang lain.
Dengan pengenalan ini, caj Overstay Fee yang digunakan sebelum ini akan dimansuhkan dan digantikan sepenuhnya dengan Idle Fee.

Gentari turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa mengaktifkan notifikasi pada aplikasi Gentari Go. Ini bagi memastikan anda mendapat amaran segera sebaik sahaja sesi pengecasan tamat dan tempoh ihsan 15 minit bermula.
Perkara ini juga adalah sebagai usaha Gentari untuk mendidik pengguna EV di Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan infrastruktur pengecasan kongsi ini dapat dinikmati oleh semua dengan lebih adil.
{suggest}
Gentari Perkenalkan ‘Idle Fee’ Bermula 30 Mac, Gantikan Caj ‘Overstay’ WISER.MY.