SEORANG gadis antara pesalah terbaru dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang daerah di Aceh, satu-satunya daerah di Indonesia yang menjalankan Undang-Undang Shariah.
Gadis berumur 20 tahun itu dilaporkan dijauhkan hukuman sebat atas kesalahan berdiri terlalu hampir dengan kekasihnya.
Gadis tersebut antara 13 orang — tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 21 dan 30 tahun yang dikenakan hukuman sebat pada Hari Isnin di sebuah masjid di daerah Banda Aceh.
Enam pasangan didapati bersalah kerana melanggar Undang-undang Shariah yang mengharamkan pergaulan dan hubungan intim seperti sentuhan, berpelukan dan bercumbu di kalangan pasangan kekasih yang belum bernikah.
Seorang wanita yang dijadualkan untuk disebat pada hari yang sama, mendapat penangguhan hukuman kerana didapati sedang mengandung. Timbalan Datuk Bandar Aceh bagaimanapun menegaskan 'hukuman akan dilaksanakan selepas dia selesai melahirkan anak'.
Pegawai yang menjalankan tugas berharap hukuman itu akan bertindak sebagai langkah pencegahan: 'Kami harap selepas ini tiada lagi sesiapa di Banda Aceh berani melanggar undang-undang di masa hadapan.'
Wilayah Aceh yang terletak di Kepulauan Sumatera mula melaksanakan Undang-undang Shariah selepas diberikan kuasa autonomi dalam tahun 2001, sebagai langkah Jakarta menamatkan konflik berpanjangan dengan kumpulan pemisah wilayah itu.
Undang-undang Islam mula diperketatkan selepas satu perjanjian damai dimeterai dengan kerajaan pusat Indonesia pada 2005. — EdisiRakyat.com, 2 November 2016
AT&S mengumumkan pelaburan bernilai antara 1.5 bilion hingga 2 bilion (sekitar RM7.05 bilion hingga RM9.4 bilion) untuk memperluaskan operasi pembuatannya di Kulim, Kedah, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur kecerd
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tampil menjelaskan bahawa pelarian Rohingya tidak menerima sebarang subsidi rawatan di fasiliti kesihatan awam dan dikenakan caj yang sama seperti warga asing lain.Memetik laporan daripada Bernama, golonga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Kazan, Rusia esok bagi menghadiri mesyuarat antara pemimpin ASEAN dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.Akan ke Rusia esokMenurut Anwar dalam ucapannya di Facebook sewaktu Ma
Walaupun sistem kesihatan negara diakui antara yang terbaik dengan kos rawatan rendah di fasiliti kerajaan, masih wujud kelompok masyarakat yang tidak dapat menikmati sepenuhnya perkhidmatan tersebut akibat kekangan akses dan keadaan hidup di jalanan.Per
Susulan beberapa aksi tular yang mempamerkan ketahanan ekstrem telefon pintar boleh lipat andalan terbaharunya, HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan siri jerayawara HONOR Magic V6 merentasi empat lokasi utama di seluruh negara.Siri jelajah ini telah p
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN):Majlis Penyerahan Fleet Card SmartPay PETRONAS di Kepayan, Kota Kinabalu hari ini melibatkan sebahagian syarikat-syarikat pengangkutan darat barangan yang telah mendapat kelulusan pendafta
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan pihaknya telah memperkukuh keselamatan RTMKliksusulan laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara.Dalam satu kenyataan, RTM berkata langk
Electronic Arts (EA) kini mengumumkan pelancaran EA Advertising, platform baharu yang membolehkan jenama menempatkan iklan dan kandungan promosi secara terus dalam permainan video syarikat itu.Melalui platform ini, jenama boleh diintegrasikan secara teru
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan berkaitan kandungan berunsur perjudian dalam talian menjelang kempen Piala Dunia 2026 yang bermula Khamis ini.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ber
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT):Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius beberapa tuduhan yang terus diulang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkaitan sistem kemasukan ke Univ