‘Flyover Lintas’ dijangka Operasi Julai 2017

by Oh! Semput


9
SHARES
118
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 16:00:46


Pairin Kitingan Akan Bersara Selepas PRU-14

Pairin Kitingan Akan Bersara Selepas PRU-14

Kota Kinabalu: Projek pembinaan persimpangan bertingkat Jalan Lintas-Jalan Kolam yang sedang dalam pelaksanaan dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada Julai tahun depan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan lalu.

Beliau berkata sebaik sahaja ia dibuka, jejambat tersebut bukan sahaja memberi kepada penduduk di sekitar Jalan Lintas malah penduduk di Inanam, Likas, Luyang, JalanKolam, Bukit Padang, Bundusan dan sekitarnya juga.

Beliau berharap dengan siapnya projek ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk di persimpangan berkenaan terutamanya pada waktu puncak.

Projek yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan ini menelan belanja sebanyak RM217.6 juta.

Skop projek ini meliputi pembinaan dua persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Lintas-Jalan Kolam dan Persimpangan Jalan Lintas-Jalan Tuaran Batu 5.5 serta pembinaan lorong ketiga di antara kedua-dua persimpangan tersebut.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts