Ferrari Perkenal ‘Luce’, EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 10 Feb 2026 04:00:22

Ferrari hari ini memperkenalkan Ferrari Luce, kereta sport elektrik penuh pertama yang menandakan era baharu dalam sejarah jenama ini.

Luce yang bermaksud “cahaya” dalam bahasa Itali, melambangkan visi Ferrari terhadap masa depan.

Luce dilancarkan di San Francisco dengan kerjasama LoveFrom iaitu firma reka bentuk yang diasaskan oleh bekas pereka Apple Jony Ive dan Marc Newson, untuk membangunkan bahagian dalaman dan antaramuka EV pertama Ferrari ini.

Reka bentuk dalaman EV pertama Ferari ini menekankan kesederhanaan, ketenangan dan interaksi intuitif.

Ferrari menyatakan bahawa mereka menolak dominasi skrin sesentuh besar dengan mengutamakan kawalan mekanikal seperti butang, suis dan roda kawalan, digabungkan dengan paparan digital OLED yang jelas.

Tiga paparan dalam Ferrari Luce telah direka bentuk dengan teliti untuk kejelasan dan tujuannya. Ferrari menyatakan pasukan pereka meluangkan banyak masa mempertimbangkan pengaturan input (kawalan) dan output (paparan), menjadikan pengalaman pengguna intuitif dan mudah dinavigasi.

Bahan yang digunakan termasuk aluminium kitar semula 100% dan kaca Corning® Gorilla® Glass.

Ciri unik seperti stereng tiga jejari ringan, kunci dengan paparan E Ink, serta panel kawalan boleh laras menjadikan pengalaman pemanduan lebih mendalam.

Malah stereng Luce ini diperbuat daripada 19 bahagian mesin CNC dan beratnya 400 gram lebih ringan daripada stereng Ferrari standard.

Luce bukan sekadar teknologi, tetapi falsafah Ferrari untuk masa depan mobiliti elektrik.

{suggest}

Ferrari Perkenal ‘Luce’, EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts