by Oh! Semput
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, tampil memberikan sedikit teguran kepad orang ramai supaya menjaga adab serta tutur kata ketika berkunjung ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, tular seorang pengguna yang berkongsi luahan seorang tetamu tidak berpuas hati dengan tindakan tuan rumah menghidangkan makanan menggunakan pinggan pakai buang.
Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan turut melabel tuan rumah terbabit sebagai seorang yang pemalas dan berpendapat penggunaan peralatan pakai buang tidak wajar ketika menerima tetamu.

Ciapan itu kemudian menarik perhatian Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, yang mengambil kesempatan memberi nasihat secara terbuka ketika berkunjung ke rumah orang sepanjang hari perayaan.

Artikel lain: Iftar di masjid usaha imarahkan rumah Allah, bukan tanda kebulur – Fedtri Yahya
Sebelum ini, Fedtri menegur sikap segelintir masyarakat yang memandang sinis terhadap individu yang memilih untuk berbuka puasa di masjid sepanjang Ramadan.
Tambahnya, amalan berbuka di masjid bukanlah gambaran seseorang itu tidak berkemampuan, sebaliknya ia merupakan salah satu usaha untuk mengimarahkan rumah Allah.
: Threads fedtriyahya