by Oh! Semput
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian ramai setelah menerima kejutan bunga mawar daripada aktor Que Haidar.

Menerusi perkongsian di TikTok Jakel, memperlihatkan Fazura begitu gembira menerima pemberian bunga daripada pelakon lelaki itu dan hampir tidak percaya ia miliknya.
Ibu kepada seorang cahaya mata dilihat tersipu-sipu menahan malu sehingga menutup wajahnya dengan pemberian bunga yang diterimanya.
Menurut Que, kejutan itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana aktres itu sudi menemaninya ke bazar Ramadan dan berharap bunga itu dapat menggembirakan hatinya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat artis pujaan mereka kembali menemui bahagia dan dihargai oleh lelaki yang tepat.
Malah ada juga yang memuji usaha yang dilakukan oleh Que yang dilihat tidak mudah berputus asa daripada terus mencuba.



Artikel lain: Kalau suami isteri gaduh, pujuk macam ni pasti tak jadi cerai – Fazura
Terdahulu, Que atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh bersama Fazura.
Menurutnya, jika ada peminat yang mendoakan perkara baik buat dirinya, dia hanya mampu mengaminkannya.
: TikTok Jakel