Durioo+ Kini Tawar Akses Tontonan Percuma

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 11 Feb 2026 11:00:19

Durioo+, platform penstriman yang memfokuskan kandungan selamat untuk kanak-kanak, kini menawarkan akses tontonan percuma kepada semua pengguna.

Menerusi versi percuma ini, pengguna boleh menonton lebih 3,000 video. Namun begitu, tontonan disertakan dengan iklan dan hanya boleh digunakan pada satu peranti dalam satu masa bagi setiap akaun.

Bagi yang mahukan akses penuh, Durioo+ turut menawarkan pelan VIP. Pelan ini menyediakan kandungan tanpa had dengan lebih 30,000 video tanpa iklan, menyokong sehingga empat peranti serentak serta boleh distrim terus di TV.

Selain itu, pelan VIP juga menyokong ciri muat turun luar talian dan kawalan ibu bapa.

Dari segi harga, langganan VIP ditawarkan pada kadar RM19.90 sebulan. Bagi pelan tahunan pula, harganya RM238.80 setahun, namun ketika ini ditawarkan pada harga promosi RM150.

Untuk akses percuma atau langganan VIP Durioo+, layari laman rasmi duriooplus.com atau muat turun aplikasi Durioo+ melalui Apple App Store dan Google Play Store.

{suggest}

Durioo+ Kini Tawar Akses Tontonan Percuma WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts