Dividen TH tertinggi dalam 8 tahun, khabar gembira menjelang Aidilfitri – PM Anwar

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 19 Mar 2026 03:34:46

Pengumuman dividen Tabung Haji (TH) yang mencatatkan prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun disifatkan sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan hasil usaha pembaharuan yang memberi penekanan kepada aspek tatakelola, selain memperbetulkan asas institusi berkenaan.

Menurutnya, langkah pembaharuan itu turut bertujuan mengembalikan disiplin serta kebertanggungjawaban dalam pengurusan TH.

“Alhamdulillah, pengumuman dividen TH hari ini (semalam) yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun hadir sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri.

“Pencapaian ini mencerminkan hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan TH.

“Pembaharuan ini juga adalah ikhtiar untuk kembali mengangkat dan memartabatkan TH selaras dengan semangat asal penubuhannya yang berteraskan pengurusan amanah dan tanggungjawab terhadap kepentingan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
alt

Foto: FB Anwar Ibrahim

Malah, beliau turut berharap khabar baik itu dapat menambah rasa syukur dan ketenangan umat Islam dalam menyambut Aidilfitri, selain memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha berterusan untuk memelihara institusi berkenaan demi kepentingan bersama.

“Semoga khabar baik ini menambah rasa syukur dan ketenangan dalam menyambut Aidilfitri, serta memperkukuh keyakinan umat terhadap usaha kita untuk terus memelihara institusi ini demi kepentingan bersama, insya-Allah,” ujarnya.
alt

Foto arkib: Bernama

Sebelum ini, TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Kadar tersebut meningkat berbanding 3.25 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya, sekali gus menjadi yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Agihan keuntungan itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.22 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.

: Facebook Anwar Ibrahim

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts