by Oh! Semput
Pelakon berbakat, Puteri Balqis tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, susulan dakwaan tidak berasas mengaitkan lelaki itu dengan pengambilan dadah susulan gambar yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Puteri Balqis berkata, tuduhan tersebut mengulangi pengalaman pahit yang pernah dialami ibunya apabila mereka dijadikan sasaran fitnah tanpa sebarang bukti kukuh.

Pelakon filem Makrifat Cinta itu juga turut mencabar pihak yang menuduh agar mengemukakan bukti kukuh sebelum membuat sebarang dakwaan terhadap keluarganya.
Malah dia mempersoalkan sikap segelintir individu yang membuat kesimpulan tidak berasas, seolah-olah keluarga mereka tidak layak menerima keadilan sama seperti orang lain.

Artikel lain: Puteri Balqis balas kenyataan Daler Yusuf – “Jangan guna agama untuk tunjuk baik”
Terdahulu, pelakon itu membalas kenyataan aktor, Daler Yusof setelah menegur bapa tiri serta tunangnya untuk tidak mencampuri isu yang sedang hangat menjadi perdebatan di media sosial.
Sehubungan itu, Aqish mempertahankan ayah tirinya dan menegaskan bahawa dia juga mempunyai hak untuk bersuara supaya keluarganya tidak terus ditindas.
: Instagram morosechild