by Oh! Semput

JAKARTA: Gempa bumi kuat 6.4 magnitud melanda perairan wilayah Aceh di utara Sumatera, awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) di utara Reuleuet pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, demikian menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Aceh pernah menerima bencana susulan tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004.
Dalam penilaian awalnya, USGS berkata gempa terbaharu berkenaan kemungkinan tidak membawa kerosakan dan kecederaan.
Pada Jun lalu, gempa 6.5 magnitud yang melanda barat Sumatera menyebabkan banyak bangunan rosak manakala lapan cedera. – AFP
Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengemaskini status terkini gempa bumi ci Acheh.
| MAKLUMAT GEMPA BUMI Dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi pada 06:19 pagi 7 Disember 2016 |
|||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||