DEVILCASE Lancar Sarung Telefon Gundam Eksklusif Di Taiwan

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 27 Mar 2026 11:00:25

Siri anime popular Jepun, Gundam mengumumkan berkolaborasi bersama pengeluar aksesori telefon pintar Taiwan, DEVILCASE.

Koleksi ini menampilkan sarung telefon, sarung AirPods dan bank kuasa dengan rekaan ikonik daripada dunia Gundam.

Estetik mekanikal, simbol terkenal serta adegan klasik daripada siri Universal Century dan alternatif Gundam diadaptasi dalam produk ini.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, keluaran aksesori ini hanya terhad di Taiwan tanpa pengumuman rasmi untuk pasaran antarabangsa.

Francais Gundam bakal hadir dengan filem terbaru, Mobile Suit Gundam Hathaway: The Sorcery of Nymph Circe, yang bakal ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 15 Mei 2026.

Filem arahan Shukou Murase ini meneruskan kisah Hathaway Noa sebagai pemimpin MAFTY menentang Earth Federation.

{suggest}

DEVILCASE Lancar Sarung Telefon Gundam Eksklusif Di Taiwan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts