by Oh! Semput
HP melalui jenama HyperX memperkenalkan siri desktop gaming baharu di acara Imagine 2026.
Menerusi model utama HyperX OMEN MAX 45L, ia merupakan komputer meja paling berkuasa dengan pemproses Intel® Core
Ultra 7 270K Plus, GPU NVIDIA® GeForce RTX
5090, serta sokongan sehingga 128GB RAM DDR5.
Ia juga dilengkapi sistem penyejukan Cryo Chamber
gen-2 yang dipadankan dengan penyejuk cecair LCD sehingga 360mm dan pembekal kuasa modular 1200W untuk memudahkan pengguna menaik taraf perkakasan.

Turut diperkenal adalah HyperX OMEN 35L yang lebih mesra bajet tetapi tetap berprestasi tinggi dipacu Intel® Core
Ultra 7 processor 270K Plus dengan GPU RTX
5080 dan seni bina termal senyap.

HP juga kini memperluaskan lagi fungsi OMEN AI ke permainan popular seperti Minecraft, Roblox dan Marvel Rivals.

HP dalam ujian mereka mendakwa, OMEN AI mampu meningkatkan prestasi FPS sehingga 50% dengan sekali klik ciri ini.
Siri desktop HyperX OMEN Max ini dijadual akan dilancarkan dlaam bulan Mei 2026 ini dengan harga yang diumumkan kemudian.
{suggest}
HP Umum Desktop Gaming HyperX OMEN MAX 45L Dikuasakan RTX 5090 WISER.MY.