by Oh! Semput
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Democratic Action Party, Tony Pua menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja tertakluk kepada aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan fungsi berperlembagaan.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem yang membolehkan raja mengeluarkan titah yang mengikat semua aspek kehidupan rakyat.
Katanya, undang-undang negara digubal oleh wakil rakyat menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selaras dengan prinsip dalam Rukun Negara.

Tambah beliau, perkara itu turut berkait dengan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.
Titah baginda, ia bagi memastikan mereka memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.
Dalam masa sama, Sultan Selangor turut menyeru semua wakil rakyat Selangor hadir ke Dataran Selangor dua kali sebulan untuk membaca serta memahami makna Rukun Negara yang tertera pada plak monumen di kawasan tersebut.
: Facebook Tony Pua