“Aku Ada Duit, Aku Comel” – Pempengaruh Bob Akui Sudah Putus, Bekas Teman Wanita Minta Jangan Sebut Namanya Lagi

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 06:32:39

Kecoh di Threads apabila seorang individu dikenali sebagai Azleynaa tampil meluahkan rasa terkilan selepas namanya masih dikaitkan dengan Bob.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Azleynaa mendakwa hubungan mereka sudah pun berakhir. Namun, isu tersebut kembali menjadi perhatian apabila dia mendakwa Bob ‘kantoi’ dengan kakaknya sendiri.

Advertisement
BobBob  

Dalam hantaran di Threads, Azleynaa mengakui bukan mudah untuk menafikan rasa sayang selepas lebih setahun bersama individu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya situasi berubah apabila dia tiba-tiba menerima gambar Bob bersama kakaknya sendiri, sekali gus membuatkan perkara itu sukar untuk diterima.

Azleynaa turut berkata orang ramai bebas untuk membuat andaian masing-masing, termasuk menganggap isu tersebut sebagai strategi pemasaran atau sebaliknya.

bang bob

Dalam hantaran lain, dia menegaskan bahawa hubungannya dengan Bob sudah berakhir dan meminta orang ramai supaya tidak lagi mengaitkan namanya dengan lelaki tersebut.

Menurut Azleynaa, selepas apa yang berlaku, dia merasakan tiada sebab lagi untuk namanya terus dikaitkan dengan Bob.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Bob dilihat meminta orang ramai menjaga pasangan masing-masing selain mendakwa dia tidak mempunyai masalah untuk mempunyai lebih daripada seorang wanita.

Bob

“Jaga je awek korang yang muka tak siap tu, Aku nak ada dua tiga perempuan pun apa masalah aku ada duit, aku comel,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan dakwaan berkenaan, apatah lagi apabila ia melibatkan ahli keluarga sendiri.

Setakat ini, isu tersebut masih menjadi perbualan hangat di Threads dengan ramai netizen mengikuti perkembangan lanjut mengenai konflik antara Azleynaa dan Bob.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fifiy azmi
2026-06-04 10:43:41

"Tak Payah Bawa Cadar? Bilik Bau Lelaki" - Fify Azmi Maklum Dicurangi, Dedah Perbualan Antara Sarah Yasmine Dengan Teman Lelaki

“Aku Ada Duit, Aku Comel” – Pempengaruh Bob Akui Sudah Putus, Bekas Teman Wanita Minta Jangan Sebut Namanya Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts