by Oh! Semput
Spekulasi mengenai hubungan rumah tangga usahawan dan selebriti, Nur Nilam Ortiz bersama pelakon, Azlan Komeng akhirnya terjawab apabila kedua-duanya mengesahkan perkahwinan mereka sudah berakhir.
Memetik laporan daripada Harian Metro, pasangan itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, Nilam memaklumkan mereka memilih untuk tidak mendedahkan punca serta tarikh sebenar perceraian tersebut.
Ujarnya, pengumuman itu dibuat selepas selesai tempoh idah bagi mengelakkan sebarang fitnah selain memberi penjelasan kepada masyarakat.

Dalam masa sama, Nilam turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa berita perceraian itu hanyalah gimik pemasaran bagi mempromosikan perniagaannya.

Artikel lain: Nur Nilam, Azlan Komeng beri bayangan sudah berpisah? – “Teruskan hidup di jalan berbeza”
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada September tahun lalu.
Sebelum ini, pada 9 April tahun lalu, Nilam pernah menarik perhatian ramai apabila hadir ke mahkamah syariah dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh terhadap Azlan.
Lebih awal daripada itu, pada Mac tahun yang sama, Nilam turut mendedahkan Azlan didakwa bakal berkahwin kali kedua dengan seorang wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Azlan sebelum ini memaklumkan kemelut rumah tangga mereka berjaya diselesaikan dengan baik selepas pertemuan dengan pegawai jabatan agama pada Julai tahun lalu.
: Harian Metro (Wan Asrudi Wan Hasan)