Caprice Dedah Kegiatan Penyanyi Muda Rancak Jual Video Luc*h – “PDRM Sila Ambil Tindakan”

by Oh! Semput


15
SHARES
190
VIEWS
Posted on 13 Feb 2026 10:03:05

Personaliti media sosial, Caprice mendedahkan dakwaan penjualan dan promosi video lucah menerusi sebuah akaun Telegram yang dipercayai dikaitkan dengan seorang penyanyi muda.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik tangkap layar akaun penyanyi berusia 20 tahun yang didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut.

Advertisement

Menurutnya, individu berkenaan mempunyai ramai pengikut bawah umur sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pengaruh kandungan negatif yang disebarkan.

“Promosi dan jual video lucah adalah jenayah besar. Budak ini dah la ramai pengikut budak sekolah. Dia letak link, admin yang jual.”

Caprice turut mendakwa akaun Telegram berkenaan mempunyai lebih 7,000 pelanggan yang melanggan kandungan tidak bermoral itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa agar menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap trend dalam kalangan remaja yang dilihat semakin berani melakukan kesalahan secara terbuka di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafiz suop
2026-02-13 16:36:10

(TAHNIAH) Hafiz Suip Selamat Bergelar Suami Kali Kedua Bersama Pasangan, Fiona

Caprice Dedah Kegiatan Penyanyi Muda Rancak Jual Video Luc*h – “PDRM Sila Ambil Tindakan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts