ByteDance Atasi OpenAI Sebagai Syarikat AI Paling Berpengaruh 2026

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 06 May 2026 04:00:20

ByteDance, daripada syarikat yang popular hasil daripada kejayaan platform media sosial TikTok, kini muncul sebagai kuasa besar dalam dunia kecerdasan buatan (AI).

TIME dalam senarai 10 Syarikat AI Paling Berpengaruh Pada Tahun 2026 menobatkan ByteDance di tangga pertama, sekali gus mengatasi nama besar lain dalam industri AI termasuklah OpenAI, Meta, dan Anthropic.

Aplikasi Douyin yang kekal sebagai teras AI ByteDance dengan lebih 770 juta pengguna aktif bulanan, namun tumpuan utama kini beralih kepada Doubao, pembantu AI yang melonjak kepada 155 juta pengguna mingguan dan lebih 100 juta pengguna harian dicatatkan semasa cuti Tahun Baru Cina.

Pencapaian ini menjadikan China antara negara pertama yang menggunakan AI pada skala besar-besaran.

ByteDance turut memperuntukkan lebih $20 bilion pada 2025 untuk penmbangunan infrastruktur AI, termasuk pelaburan besar dalam cip Nvidia bernilai $14 bilion pada 2026 yang masih bergantung kepada kelulusan eksport AS.

TIME berkata, ByteDance yang beribu pejabat di Beijing kini dengan nilai pasaran yang dianggarkan melebihi $550 bilion, bukan lagi sekadar gergasi media sosial, tetapi sedang membina ekosistem AI yang menyeluruh.

{suggest}

ByteDance Atasi OpenAI Sebagai Syarikat AI Paling Berpengaruh 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts