by Oh! Semput
Pelawak, Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang gemar meminta bantuan atau sumbangan tanpa berusaha mencari rezeki terlebih dahulu.
Menerusi hantaran di Instagram, Amir berpendapat mereka seharusnya mencuba pelbagai pekerjaan yang mampu mendatangkan pendapatan walaupun kecil demi kelangsungan hidup.
Dalam pada itu, dia juga sempat berkongsi pengalamannya mencari pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai di pusat besi buruk sehingga memperoleh wang hasil titik peluh sendiri.
Amir mengakui setiap individu mempunyai ujian dan kesusahan yang berbeza, namun itu bukan alasan untuk malu melakukan kerja kecil demi mencari rezeki halal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan apa yang dinyatakan pelawak tersebut kerana pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencari rezeki yang halal tanpa perlu meminta-minta.


