“Saya Ada Bukti” – Chegubard Akan Dedah Penyelewengan Libatkan Pusat Zakat, Pemimpin Tertinggi

by Oh! Semput


10
SHARES
125
VIEWS
Posted on 27 Jan 2026 10:02:46

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, memaklumkan akan mendedahkan dakwaan penyelewengan yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi sebuah kementerian serta pusat zakat di sebuah negeri.

Menurut Chegubard, pihaknya kini memiliki beberapa data dan maklumat yang dianggap penting berhubung dakwaan berkenaan, yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

Advertisement

chegubard

“Saya akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 3 petang, Rabu bagi memberikan keterangan lanjut kepada pihak berkuasa.”

“Saya akan dedahkan satu demi satu dengan milikan harta pimpinan kementerian dan pusat zakat berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Selasa.

Terdahulu, Chegubard bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, hadir ke mahkamah bagi prosiding pendengaran semakan jenayah yang melibatkan permohonan Pendakwa Raya untuk menyemak semula keputusan Hakim Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya diberikan satu salinan rakaman percakapan polis milik wartawan Ram Anand berkaitan siasatan kes kasino di Forest City, yang menjadi antara isu utama dalam perbicaraan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Chegubard turut mendakwa dirinya berdepan pelbagai bentuk intimidasi termasuk laporan polis susulan pendedahan yang dibuat sebelum ini berkaitan dakwaan rasuah melibatkan pegawai kanan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri ketiga bekas ptd
2026-01-22 10:58:03

Hadir Ke Mahkamah Naik 'Wheelchair', Isteri Ketiga Bekas PTD Didakwa Terima Wang Haram RM77,000

“Saya Ada Bukti” – Chegubard Akan Dedah Penyelewengan Libatkan Pusat Zakat, Pemimpin Tertinggi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts