by Oh! Semput
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai DAP berdasarkan perjanjian bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin, bukannya ‘sorong tengkuk’.
Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata demikian berhubung gesaan pemimpin PAS yang mahukan UMNO meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda rumah bangsa.
Jelasnya lagi, kepentingan negara serta rakyat perlu diutamakan memandangkan tiada parti yang dapat membentuk kerajaan selama lima hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel lain: Tak pernah dibincangkan, Bersatu nafi beri mandat rundingan dengan UMNO – Muhyiddin

Dalam pada itu, beliau menitipkan nasihat kepada barisan pemimpin dalam kerajaan supaya jangan terlalu selesa dengan kedudukan parti meskipun berada dalam Kabinet sama.
: Astro Awani (Pia Ernadya)