by Oh! Semput
Terheret dalam kemelut sengketa melibatkan Puteri Balqis yang hangat diperkatakan di media sosial, pelakon Janna Nick tampil secara terbuka mengajak selebriti berusia 19 tahun itu bersemuka secara atas talian bagi menjernihkan keadaan.
Janna yang kini menetap di United Kingdom turut mempersoalkan isu yang dibangkitkan Balqis terhadapnya.

Menepis dakwaan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, menjelaskan hantaran Threads yang dimuat naik sebelum ini bersifat umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.
Mengimbas kenangan lama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mengakui pernah berasa sedih melihat Aqish bekerja pada usia terlalu muda dan mendakwa dirinya pernah dipulaukan rakan selebriti selama beberapa tahun akibat salah faham melibatkan ibu pelakon remaja tersebut.
Namun begitu, Janna tetap memuji bakat dan dedikasi Puteri Balqis sejak kecil, sambil menegaskan tidak menyimpan dendam meskipun tercetus perselisihan faham antara mereka.

Susulan daripada itu, Aqish telah membalas hantaran dibuat Janna dengan menegaskan bahawa ibunya tidak pernah menghantar sebarang mesej kepada sesiapa memburukkan mana-mana pihak.
Dia juga menyuarakan pengalaman sewaktu bekerja dengan Janna suatu ketika dahulu yang amat berbekas untuknya sehingga kini.

Tak hanya itu, Aqish juga bersuara apabila tidak suka dengan kenyataan dia perlu mencari rezeki untuk keluarga kerana ibunya membanting tulang mencari duit untuk mereka, tanpa dibantu bapa kandung.
Dia juga memaklumkan tiada sebarang masalah dengan pengarah terkenal Micheal Ang seperti yang dinyatakan Janna sebelum ini.

Artikel lain: Ibu Puteri Balqis ‘bidas’ Janna Nick -“Awak baru kena sikit pun dah melalak”
Sebelum ini, hantaran Janna Nick di platform Threads telah menjadi perhatian sewaktu isu Puteri Balqis dan Mia Sara sedang ‘memanas’ di media sosial.
Walaupun kenyataan tersebut didakwa ditujukan secara umum, namun ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Abd Aziz telah bersuara dan membidas tindakan Janna.
: Instagram morosechild, jannanick