by Oh! Semput
Ramai pengguna Android sering berdepan masalah storan penuh, terutama apabila ingin memuat turun aplikasi baharu, mengambil gambar atau mengemas kini sistem.
Walaupun kita sudah memadam aplikasi dan fail, namun ruang storan peranti tetap terasa sempit kerana terdapat data tersembunyi yang tidak kelihatan.
Malah proses membuang gambar atau video dari peranti pula melecehkan kerana ia mengambil masa yang lama untuk dipilih.
Jadi, bagi menyelesaikan isu ini, pengguna telefon Android boleh menggunakan aplikasi Files by Google.
Aplikasi ini bukan sahaja bertindak sebagai pengurus fail, malah ia juga menawarkan fungsi pembersihan storan.
Ia boleh mengesan fail pendua, lambakan imej tidak penting, serta fail cache yang memakan ruang.

Jika anda belum memasangnya, anda boleh memuat turun aplikasi Files ini sekarang dari Google Play Store.
Selepas memasangnya, ikuti langkah berikut untuk anda membersihkan storan peranti Android anda dengan menggunakan Files by Google:




Dengan beberapa langkah mudah ini, anda sudah boleh menjimatkan beberapa gigabait storan tanpa risiko kehilangan data penting.
Membersihkan storan secara berkala bukan sahaja memberi ruang tambahan, malah menjadikan telefon lebih pantas dan responsif.
Ia juga memastikan anda tidak lagi menerima amaran “storan penuh” ketika memerlukan ruang untuk aplikasi atau gambar baharu.
Selamat mencuba.
{suggest}
Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh WISER.MY.