Berita gembira! Eizlan Yusof timang anak perempuan lagi di usia 54 tahun

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 01 Feb 2026 14:04:31

Pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi kegembiraan apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Eizlan Yusof namakan anak Zareen Rosa

Menerusi hantaran di media sosial miliknya, Eizlan, 54, menamakan puteri mereka Zareen Rosa dan memuat naik hantaran di Instagram.

alt

Eizlan Yusof bersyukur timang anak perempuan lagi

Beliau juga menulis kapsyen ringkas “Assalamualaikum dan syukur kepada Allah atas segala limpah kurnian-Nya,” serta berkongsi foto bersama bayi yang wajahnya ditutup dengan emoji hati.

alt

Semoga jadi muslimah berbakti dunia akhirat

Menjengan ke ruangan Instagram, ramai yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah diatas kelahiran cahaya mata.

Mereka juga mendoakan agar Zareeen Rosa membesar menjadi anak yang berbakti di dunia dan akhirat

alt

Tahniah Dato dan Datin

alt

Tak sabar nak jumpa

alt

Artikel lain: Uyaina Arshad timang cahaya mata lelaki – “Raja ketiga selamat dilahirkan”

Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019 dan sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Zaelynn Rosa, kini berusia lima tahun.

Sebelum itu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Haroon Khan pada 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zaalia, sebelum bercerai pada 2014.

: Instagram Eizlan Yusof

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts