Raya berasingan? Rumah tangga Yusuf Bahrin & Zizi Kirana jadi tanda tanya

by Oh! Semput


9
SHARES
113
VIEWS
Posted on 22 Mar 2026 00:04:32

Pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kembali mencuri perhatian apabila didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga mereka.

Didakwa tak tinggal sebumbung?

Memetik laporan daripada Mstar, ada sumber menyatakan, pasangan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut secara terbuka kepada umum.

“Saya dengar mereka sudah lama tidak tinggal bersama dan sebab itu tahun ini masing-masing sambut raya dengan keluarga sendiri.
“Hubungan mereka dikatakan agak dingin sejak kebelakangan ini, tapi saya tak boleh nak ceritakan punca masalah yang dihadapi,” kata sumber tersebut.

alt

Masing-masing kongsi gambar berasingan

Spekulasi tersebut mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik gambar sambutan 1 Syawal di media sosial tanpa kehadiran pasangan.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin berkongsi foto bersama ahli keluarga dengan kapsyen ringkas yang mengundang persoalan.

Dalam masa sama, Zizi pula tampil dengan gambar bersendirian ketika Aidilfitri, sekali gus membuatkan peminat terus tertanya-tanya mengenai situasi sebenar hubungan mereka.

alt

Sehingga kini, kedua-duanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

: mStar 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts