by Oh! Semput
Pelakon, Muaz Zabir akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan seorang individu yang mahu mendedahkan video ‘mesra’ melibatkan dirinya dan Bella Astillah, yang kembali hangat diperkatakan di media sosial.
Memetik laporan daripada Kosmo! Muaz menyatakan perkara itu sepatutnya tidak lagi dibangkitkan memandangkan ia sudah lama berlalu dan masing-masing kini meneruskan kehidupan.

Sedar kekecohan yang tercetus di platform Threads, Muaz turut memohon maaf selain berharap orang ramai berhenti memperbesarkan spekulasi lama yang tidak lagi relevan.

Dalam masa sama, pelakon itu mengakui dia tidak mampu mengawal apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya, namun berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan lebih matang.
Muaz ditemui ketika acara tayangan perdana drama terbaharunya, Dorm 403 di Rasta, TTDI semalam, yang turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Dynas Mokhtar dan Noki.
: Kosmo! (Haryati Karim)