Bekalan air Selangor diagih secara berjadual mulai esok

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 19 Dec 2016 16:01:56

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mengarahkan agar proses pemulihan air kepada pengguna disegerakan sebaik sahaja kerja-kerja penyenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Kuala Selangor selesai.

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, kerja-kerja TNB bermula pada pukul 8 pagi dan dijangka siap jam 12 tengah malam ini.

“Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula esok, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon.

“Dengan adanya pemulihan berjadual ini, penghantaran bekalan air ke kawasan terjejas menggunakan lori tangki air dapat diuruskan dengan lebih terancang,” ujarnya.

Justeru, pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata kerajaan negeri bersetuju menangguhkan kerja penyenggaraan pencawang berkenaan yang sepatutnya dilakukan pada 27 September lalu atas beberapa sebab.

Antaranya kerana tidak mahu mengganggu musim cuti sekolah dan mengambil kira pelajar yang sedang mengambil peperiksaan.

Menurut Azmin, kerajaan negeri meminta proses penyelenggaraan itu disiapkan secepat mungkin dan bekalan dipulihkan sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember.

Dianggarkan seramai 3.89 juta pengguna air di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan mulai hari ini ekoran kerja penyelenggaraan pencawang TNB di Bukit Badong itu.

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di sekitar Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts