“Bayar RM100 juta pun aku tak akan buat marketing bangang macam ni” -Jojo Ghazali

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 26 May 2026 14:04:27

Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi memberi respon diatas isu viral melibatkan dirinya dengan usahawan kunafa, Zain Rosli atau Ojen Aiwah dengan menafikan perselisihan faham antara mereka adalam marketing untuk makanan tersebut.

Bukan marketing

Perkara itu dinyatakan Johan atau Jojo menerusi platfrom Thread dengan mengatakan dirinya sama sekali tidak akan melakukan pemasaran dengan cara sebegitu kerana merasakan integriti tidak boleh dibeli sama sekali.

“Bayar aku RM100 juta pun aku takkan buat marketing bangang macamni. Integrity cannot be bought,” ujarnya.

alt

Perkara tersebut dinyatakan Jojo susulan ada yang menyangka bahawa perbalahan mereka sekadar konten bagi mempromosikan kunafa usahawan tersebut.

Islam ajar makan jangan memudaratkan

Menjengah ke ruangan komen ramai yang memberikan maklum balas seakan menyokong tindakan atlet Muay Thai itu yang menentang makanan kurang sihat demi menjaga kesihatan badan.

alt

Tak habis lagi ke berbalah?

alt

Buktikan duit tak boleh beli semua tu

alt

Sebelum ini, Jojo dan Ojen dilihat saling  berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu makanan pencuci mulut, kunafa.

Isu berkenaan dipercayai bermula apabila Johan Ghazali atau Jojo tampil dalam sebuah podcast dan menyifatkan kunafa sebagai makanan ‘sampah’ dari sudut pemakanan, dengan alasan kandungannya tidak sesuai untuk gaya hidup seorang atlet profesional

: Thread johanghazali_

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts