'Baucar Raya Moh Balik Negeri Pahang 2026' Dinaikkan Daripada RM50 Kepada RM100 Dan Jumlah Penerima Meningkat Ke 10,000 Orang

by Oh! Semput


13
SHARES
164
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 23:32:03

KUANTAN: Berita baik untuk anak Pahang diperantauan. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan penambahbaikan baucar raya untuk mereka yang akan pulang ke kampung halaman menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi.

Moh Perantau Pahang!, menerusi hantaran terbaru di laman facebook Menteri Besar Pahang itu baucar petrol atau diesel telah dijenamakan semula kepada "Baucar Raya Moh Balik Negeri Pahang 2026"

Sementara itu nilai baucar telah dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM100.00

Manakala daripada 5,000 pemohon yang berjaya tahun lepas, telah dinaikkan kepada 10,000 pada tahun ini.

Bagi anak Pahang yang berminat, anda boleh isikan maklumat dalam google form di https://forms.gle/NHvrECaQMbLVHnAU9.

ataupun dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster yang dipamerkan.

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Pahang kerana amat prihatin dengan kebajikan anak negeri ini diperantauan. #PahangDaily

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts