Bateri EV Gen-3 Dari CATL Mampu Dicas Sehingga 80% Sepantas 3 Minit

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 06 May 2026 07:30:22

CATL mencipta sejarah dengan memperkenalkan bateri EV terpantas dunia, Shenxing III superfast-charging, yang mampu mencapai kapasiti hampir penuh hanya dalam masa tiga minit.

Namun, teknologi ini bukan sekadar tentang kelajuan, tetapi juga tentang keselamatan dan ketahanan jangka panjang.

Cabaran utama pengecasan pantas ialah haba, kerana setiap kenaikan 10°C boleh menggandakan kesan negatif terhadap hayat bateri.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, CATL memperkenalkan reka bentuk sel lebih pendek (300 mm berbanding 400 mm), yang mengurangkan jarak perjalanan ion litium dan menurunkan rintangan sebanyak 20%.

Selain itu, lapisan SEI diperbaharui melalui kaedah “gene-directed editing”, membolehkan ion bergerak dua kali lebih pantas tanpa menjejaskan keselamatan.

Lapisan grafit turut diperluas, menjadikan pergerakan ion lebih lancar dengan rintangan serendah 0.25 milliohm — separuh daripada pesaingnya

Hasilnya, bateri Shenxing III superfast-charging ini mampu mengekalkan 90% prestasinya walaupun selepas dicas 1,000 kali.

Sistem penyejukan baru 4 x lebih luas memindahkan haba dengan lebih efisien serta pemantauan suhu masa nyata dengan ketepatan ±1°C memastikan prestasi optimum bateri pada tahap 90% walaupun selepas 1,000 kitaran.

CATL berkata, setakat suku pertama 2026, mereka telah menguasai 47% pasaran EV di China dengan 2 daripada 1 EV yang terjual di China kini dikuasakan oleh bateri mereka.

{suggest}

Bateri EV Gen-3 Dari CATL Mampu Dicas Sehingga 80% Sepantas 3 Minit WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts