Bangunan Pertama Pusat Data AI TM Nxera Di Iskandar Puteri Telah Siap

by Oh! Semput


12
SHARES
156
VIEWS
Posted on 21 Apr 2026 07:30:20

Pusat data berskala besar TM Nxera, usaha sama antara Telekom Malaysia dan Nxera, Singtel Digital InfraCo mencapai satu lagi pencapaian penting dengan majlis topping-out bagi pusat data AI-ready di Iskandar Puteri, Johor.

Struktur bangunan pertamanya yang telah siap ini sekali gus menandakan kemajuan pesat yang dicapai sejak pecah tanahnya pada Julai 2024 dahulu.

Projek ini bakal menjadi kampus pusat data berskala besar dengan bekalan elektrik berkapasiti sehingga 200MW  oleh Tenaga Nasional.

Dengan sasaran Power Usage Effectiveness (PUE) ≤1.30, pusat data ini menggabungkan teknologi penyejukan cecair canggih dan integrasi tenaga boleh diperbaharui untuk menyokong beban kerja AI berintensiti tinggi.

Keistimewaan utama pusat data ini ialah rangkaian hiper-terhubung melalui gentian optik dan kabel dasar laut TM serta Singtel, menjadikannya hab strategik untuk hyperscaler, inovator AI, dan perusahaan global.

Dengan kerja-kerja struktur yang telah siap, TM Nxera akan meneruskan pemasangan mekanikal dan elektrik, penyepaduan sistem dan pentauliahan dengan operasi komersial fasa pertamanya dijadualkan pada separuh kedua 2026.

Pusat data ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem AI global, malah menyumbang kepada kelestarian melalui penggunaan tenaga hijau.

{suggest}

Bangunan Pertama Pusat Data AI TM Nxera Di Iskandar Puteri Telah Siap WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts