Bandar Paling Perlahan Di Dunia Kini Guna Kamera AI Saman Pesalah Trafik

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 25 May 2026 04:00:19

Dhaka, ibu kota Bangladesh dengan lebih 22 juta penduduk, kini melangkah ke era baharu apabila pengurusan trafik di bandar itu mula dilengkapi sistem kamera dengan dipacu sistem kecerdasan buatan (AI).

Bandar yang terkenal dengan kesesakan teruk malah pernah dinamakan sebagai bandar paling perlahan di dunia selepas merekodkan kelajuan purata kenderaan 4.8km sejam pada tahun 2023 dahulu kini turut menggunakan kamera pintar bagi mengesan pelanggaran undang-undang jalan raya secara automatik.

Gambar yang diambil pada 14 Mei 2026 ini menunjukkan orang ramai melalui sistem pengurusan trafik berasaskan AI (C) yang dipasang di sepanjang jalan di Dhaka. Ibu kota Bangladesh yang padat penduduknya, yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, telah melancarkan sistem penguatkuasaan trafik berkuasa AI yang pertama dalam usaha untuk mewujudkan ketenteraman di salah satu bandar paling sesak di dunia. (Foto oleh Munir UZ ZAMAN / AFP).

Ia berbeza berbanding sebelum in di mana polis trafik di bandar itu terpaksa berdepan cabaran besar termasuk pertengkaran dan ancaman fizikal ketika menguatkuasakan peraturan.

Jadi, dengan adanya sistem kamera AI, pesalah trafik dikenal pasti serta-merta dan menerima notifikasi serta denda melalui SMS tanpa perlu bersemuka dengan pihak berkuasa.

Langkah ini bukan sahaja mengurangkan konflik antara polis dan pengguna jalan raya, tetapi juga menandakan transformasi trafik bandar itu daripada kaedah manual kepada sistem digital moden.

Dhaka berharap teknologi ini mampu mengurangkan kesesakan kronik dan meningkatkan disiplin trafik di bandar yang sesak ini dengan penggunaan sistem kamera pintar.

{suggest}

Bandar Paling Perlahan Di Dunia Kini Guna Kamera AI Saman Pesalah Trafik WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts