2 Beg ROG Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM359

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 22 Apr 2026 07:30:20

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan ketibaan rasmi dua beg baharu mereka iaitu Archer Messenger 14 dan Archer Backpack 16 yang  direka khas untuk gaya hidup moden gamer tegar.

Archer Messenger 14 sesuai untuk laptop sehingga 14 inci, dengan tali bahu bernafas, panel belakang berlapis mesh, serta sistem MOLLE tentera untuk menambah pouch atau botol air.

Ia turut dilengkapi poket dengan ciri penghalang imbas RFID bagi melindungi dompet dan pasport daripada ancaman digital.

Archer Backpack 16 pula menawarkan kapasiti besar sehingga 20 liter, sesuai untuk laptop 16 inci dan perjalanan hujung minggu.

Reka bentuk ergonomik dengan tali bahu berlapis kusyen dan tali dada boleh laras memastikan keselesaan walaupun membawa beban berat.

Kedua-dua beg ROG baharu ini juga menggunakan fabrik Cordura 610D kalis air, zip YKK, dan buckle Woojin premium bagi menjamin ketahanan jangka panjang.

Harga rasmi bagi Archer Messenger 14 adalah RM359 dan RM499 bagi  Archer Backpack 16 yang kini sudah tersedia Malaysia.

{suggest}

2 Beg ROG Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM359 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts