“Bagitahu Sat Macam Mana Nak ‘Claim’?” – Individu Dakwa Peserta GSF Dapat Bayaran RM40K, Respon Ahmad Faezal Memang ‘Win’!

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 22 Apr 2026 10:02:37

Seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Ahmad Faezal tampil membalas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa peserta misi tersebut menerima bayaran RM40,000.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa peserta Sumud tidak menggunakan wang sendiri, sebaliknya dibayar sejumlah wang.

Advertisement

gsf

“Peserta Sumud rupa rupanya mendapat bayaran RM40 ribu seorang, bukannya guna duit sendiri. Satu persatu terbongkar. Memang ZRA cakap tidak boleh percaya. Sudah terdetik hati sejak dia terlepas daripada tahanan Sumud 1. Ardel pun aku syak sesuatu perangai dia. Heliza daripada berpurdah, dah tak pakai purdah.”

Dakwaan itu kemudian menarik perhatian Ahmad Faezal yang tampil memberi respon secara terbuka.

“Salam, beritahu sekejap cara nak tuntut RM40 ribu ini. Kalau saya dapat, saya kongsikan 10% daripada bayaran itu dengan kamu. Setuju?”

Bagaimanapun, individu tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas, malah difahamkan telah memadam hantaran berkenaan.

Ahmad Faezal kemudian menaikkan lagi tawaran kepada 15 peratus daripada jumlah tersebut sekiranya dakwaan itu benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-22 13:11:55

Netizen 'Bongkar' Nilai Kekayaan Bapa Penyanyi Mizz Nina -"Sebulan Belanja RM1 Juta, Beratus Tahun Baru Habis"

“Bagitahu Sat Macam Mana Nak ‘Claim’?” – Individu Dakwa Peserta GSF Dapat Bayaran RM40K, Respon Ahmad Faezal Memang ‘Win’! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts