by Oh! Semput
Kisah rumah tangga melibatkan Azmirul Hafiz kembali mencuri tumpuan warganet selepas beliau mengaku bahawa tindakannya bersama seorang wanita lain baru-baru ini bukanlah kecurangan sebenar, sebaliknya dilakukan secara sengaja di tempat awam bagi menarik perhatian isterinya.
Menurut penjelasan yang dikongsikan olehnya sebelum hantaran itu dipadam, Azmirul mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah selama empat hari dan tidak memberi sebarang khabar. Tertekan dengan situasi tersebut, beliau mengambil keputusan melakukan sesuatu yang mampu “mencetuskan reaksi” daripada pasangannya.
Azmirul menyatakan bahawa beliau masih menyayangi isteri dan keluarganya, dan hanya mahukan perhatian serta penyelesaian terhadap konflik yang dihadapi. Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kecaman ramai selepas video dirinya bersama seorang wanita lain di sebuah kedai kasut menjadi tular di media sosial.
Warganet memberi reaksi bercampur ada yang menyarankan agar masalah rumah tangga diselesaikan secara matang dan tertutup, manakala sebahagian lain mengkritik tindakannya yang dianggap keterlaluan dan memalukan pasangan sendiri. Walau apa pun, Azmirul berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dan rumah tangganya kembali pulih.
Azmirul Hafiz Akui Curang Demi Tarik Perhatian Isteri – “Memang Saya Saja Buat Depan Public” #1 The News Malaysia.