by Oh! Semput
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan supaya mana-mana Ahli Parlimen tidak sepatutnya mengambil keputusan mudah dengan mengosongkan kerusi yang disandang sebelum tamat tempoh penggal perkhidmatan mereka.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata biarpun tindakan itu merupakan hak demokrasi setiap wakil rakyat, mereka tetap memikul tanggungjawab terhadap penduduk di kawasan masing-masing, khususnya dalam membawa suara dan kepentingan pengundi ke Dewan Rakyat.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, sekali gus dilihat seakan-akan bercanggah dengan semangat undang-undang anti lompat parti yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Azalina menegaskan pandangan serta harapan pengundi di kawasan terlibat perlu diberi perhatian sebelum sebarang keputusan dibuat oleh wakil rakyat.
Artikel lain: RUU tempoh had jawatan PM: PM Anwar patut dipuji, tawar diri untuk dihadkan -Azalina
Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan telah menyerahkan notis pemakluman pengosongan kerusi Parlimen masing-masing kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Untuk rekod, penggal Parlimen ke-15 masih berbaki kira-kira 18 bulan sebelum terbubar secara automatik.
: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi dan Nurhanim Osman)