Isu askar dipukul: Individu gagal kawal emosi tak sesuai dalam TDM! – PTD

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 04 Apr 2026 17:04:28

Individu yang gagal mengawal emosi tidak layak berada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), tegas Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Menurut beliau, pelbagai peringatan serta arahan telah dikeluarkan di peringkat TDM bagi menangani isu kekerasan melampau dalam kalangan anggota.

“Segala surat arahan sudah pun dikeluarkan namun demikian mungkin ada segelintir yang tidak dapat menahan emosi sebab itulah berlakunya perkara ini. Individu begini tidak layak berada dalam TDM.
“Di peringkat pemimpin sama ada pegawai memerintah mahupun ketua-ketua di bawah sentiasa memantau keadaan anggota namun ada segelintir kecil yang beremosi,” katanya pada sidang media sempena Hari Ulang Tahun TDM ke-93 di Kem Perdana, Sungai Besi, hari ini.

alt

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah jangka pendek dan panjang TDM dalam menangani isu kekerasan melibatkan anggota.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi cedera parah dipercayai dipukul dalam kejadian di Kem Tentera Batalion 25 RAMD di Bentong, Pahang.

alt

Artikel lain: Tak puas hati pasal tugas punca Prebet Muhammad Amirul Raziq dipukul – TDM

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.45 pagi, 31 Mac lalu.

: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts