Apple Disaman Kerana Buang Aplikasi Rave Di 5 Negara

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 08 May 2026 04:00:25

Rave Inc., pembangun aplikasi tontonan bersama rentas platform dengan lebih 225 juta muat turun, telah memfailkan saman terhadap Apple di lima negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Belanda dan Rusia.

Rave mendakwa Apple secara sepihak membuang aplikasinya daripada App Store untuk mengekalkan ekosistem iOS yang tertutup dan memaksa pengguna iPhone menggunakan perkhidmatan eksklusif Apple, SharePlay.

Tindakan ini menurut Rave telah mengehadkan pilihan pengguna, merosakkan komuniti yang dibina dalam aplikasi, serta menjejaskan persaingan adil.

CEO Rave, Michael Pazaratz, menegaskan bahawa langkah Apple memberi kesan buruk kepada semua pembangun aplikasi kerana kuasa “gatekeeper” Apple boleh menghapuskan inovasi tanpa proses telus.

Rave turut mendakwa Apple menyekat aplikasi Mac mereka dengan melabelkannya sebagai “perisian hasad”.

Jadi, melalui saman yang difaiklan mereka, Rave menuntut aplikasi mereka kembali di AppStore untuk memberi akses kepada pengguna iOS dan macOS  turut serta menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami mereka.

{suggest}

Apple Disaman Kerana Buang Aplikasi Rave Di 5 Negara WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts