Apple Ambil Alih MotionVFX, Syarikat Di Sebalik ‘Plugin’ Popular Untuk Final Cut Pro

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 17 Mar 2026 04:00:18

Apple kini mengambil alih MotionVFX, syarikat di sebalik templat dan plugin popular dalam ekosistem Final Cut Pro.

Sebagai rujukan, MotionVFX merupakan syarikat perisian dari Poland yang ditubuhkan pada 2009. Syarikat ini menghasilkan plugin, transition, templat dan kesan visual (VFX) berkualiti tinggi untuk suntingan video, khususnya untuk Final Cut Pro, DaVinci Resolve dan Apple Motion.

Foto: MotionVFX

Seperti dilaporkan MacRumors, antara alat paling popular termasuk mFilmLook yang menyediakan penggredan warna sinematik dan kesan emulasi filem, serta mO2, plugin yang membolehkan penggunaan model 3D terus dalam Final Cut Pro dan Apple Motion. MotionVFX juga menawarkan Design Studio, sambungan panel untuk memasang kesan khas serta templat terus dalam Final Cut Pro.

Kepakaran MotionVFX dijangka membantu Apple meningkatkan alat grafik terbina dalam Final Cut Pro, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada plugin pihak ketiga.

Langkah ini juga dijangka mengukuhkan usaha Apple dalam penghasilan video profesional, terutamanya dengan langganan Apple Creator Studio.

{suggest}

Apple Ambil Alih MotionVFX, Syarikat Di Sebalik ‘Plugin’ Popular Untuk Final Cut Pro WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts