Aplikasi MyDigi, Celcom Life Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 April 2026

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 06 Mar 2026 11:00:22

Aplikasi Celcom Life dan MyDigi akan ditamatkan sepenuhnya pada 1 April 2026.

Sebelum ini, CelcomDigi memaklumkan kedua-dua aplikasi berkenaan akan ditamatkan pada 31 Disember 2025 susulan pelancaran aplikasi CelcomDigi yang menggabungkan perkhidmatan Celcom dan Digi dalam satu platform.

Namun, berdasarkan perkembangan terbaru, penamatan itu kini dijadualkan selesai sepenuhnya pada 1 April 2026. Malah, proses penamatan secara berperingkat telah bermula hari ini dengan transaksi berkaitan prabayar.

Lanjutan itu, pengguna digalakkan beralih ke aplikasi baharu CelcomDigi bagi memudahkan pengurusan akaun serta pelaksanaan pelbagai transaksi dalam satu platform. 

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengurus semua talian dalam satu platform. termasuk prabayar, pascabayar, fiber dan talian tambahan. Ia juga menyokong fungsi tambah nilai automatik bagi memastikan talian prabayar kekal aktif tanpa kehabisan kredit.

Menurut CelcomDigi, aplikasi ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menawarkan pengalaman digital yang lebih lancar dan diperibadikan kepada pelanggan.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi CelcomDigi melalui Apple App Store atau Google Play Store.

{suggest}

Aplikasi MyDigi, Celcom Life Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 April 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts