Aonic Raih Dana Hampir RM40 Juta, Dron Buatan Malaysia Kini Dijual Di 15 Buah Negara

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 03 Mar 2026 07:30:20

Aonic, syarikat teknologi dron dari Malaysia, berjaya meraih pembiayaan baharu bernilai USD 10 juta (~RM40 juta) dalam pembiayaan Siri A yang diketuai Kairous Capital serta Jelawang Capital.

Dana ini akan digunakan untuk mempercepatkan pengembangan global, memperkukuh R&D, dan meningkatkan kapasiti pembuatan dron buatan Malaysia.

Teknologi Aonic telah berjaya memberi impak besar kepada sektor pertanian dengan meningkatkan pendapatan petani sebanyak 50%, hasil ladang 54%, serta mengurangkan penggunaan air sehingga 75%.

Cheong Jin Xi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic.

Aonic membangunkan ekosistem lengkap merangkumi reka bentuk, pembuatan, perisian, latihan, pembiayaan dan sokongan runcit.

Kini, syarikat itu sudah mempunyai lebih 50 pusat perkhidmatan (Jualan, Servis, Alat Ganti) di Asia Tenggara dan menjual dron ke lebih 15 negara.

Aonic yang ditubuhkan pada September 2016 dahulu, telah berkembang sejak tahun 2022 dengan mencatat lebih daripada USD 60 juta dalam pendapatan tahunannya dan mula mencatat keuntungan pada 2023.

Visi syarikat ini adalah menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi dron global, sambil menyokong transformasi sektor pertanian negara.

{suggest}

Aonic Raih Dana Hampir RM40 Juta, Dron Buatan Malaysia Kini Dijual Di 15 Buah Negara WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts