by Oh! Semput
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil kesempatan menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin di Hospital Pulau Pinang memandangkan mempunyai jadual kerja di utara tanah air.
Menerusi perkongsian di media sosial rasmi beliau, Anwar dilihat memakai pelitup mulut dan bertemu dengan Hashim yang dikhabarkan berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan salam daripada isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah yang tidak ikut serta kepada Hashim dan keluarganya.
Anwar juga mendoakan agar sahabat lamanya itu diberi afiyah dan kesembuhan dengan segera.

Beliau turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan menzahirkan penghargaan kepada para petugas kesihatan yang banyak mencurah bakti kepada masyarakat.

Artikel lain: “Dia nak balik. Berulang kali abah sebut, nak rehat di akhirat..”- Anak Mursyidul Am PAS
Sebelum beredar, beliau turut mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang dan sentiasa memastikan supaya usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.
: Facebook Anwar Ibrahim