by Oh! Semput
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab terhadap kegagalan kerajaan dalam meredakan kekacauan melibatkan kaum dan agama di negara ini.

Memetik laporan malaysiakini, menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan terlalu berhati-hati sehingga bimbang tindakan tegas terhadap isu perkauman akan mencetuskan kemarahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Dalam sesi itu, bekas Ahli Parlimen Pandan berkenaan turut mengimbas kembali kontroversi pada 2024 melibatkan penemuan beberapa pasang stoking tertera kalimah ‘Allah’ di sebuah kedai serbaneka KK Mart yang mencetuskan perdebatan hangat.
Isu tersebut menjadi perhatian apabila Akmal antara tokoh politik yang lantang bersuara, termasuk menggesa orang Melayu dan Islam supaya memboikot premis berkenaan.

Selain itu, Pemuda UMNO juga dilaporkan menggerakkan ahli di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap KK Mart.
Mengulas lanjut, Rafizi berpandangan kerajaan sebenarnya mampu mengurus isu perkauman dengan lebih berkesan sekiranya mempunyai mekanisme kukuh bagi menangkis naratif yang dibawa kumpulan ekstrem.
Beliau mencadangkan agar satu platform khas diwujudkan yang menghimpunkan pemimpin pelbagai latar belakang termasuk politik, agama dan masyarakat.
Sebagai perbandingan, Rafizi berkata Malaysia sebelum ini pernah mempunyai pendekatan seumpama itu melalui Majlis Muhibbah Negara.
Majlis berkenaan ditubuhkan selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.
Menurutnya, mekanisme tersebut berperanan besar dalam membantu memulihkan semula hubungan antara kaum pada ketika itu.

Beliau turut menambah bahawa ketegangan kaum hari ini juga berpunca daripada kegagalan membentuk naratif yang jelas dan tersusun.
Berdasarkan pengalaman dalam Kabinet, Rafizi berkata kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya bersikap sederhana serta lebih memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, ekonomi dan kelangsungan hidup harian.
Namun begitu, ketiadaan agenda yang mampu menarik perhatian rakyat biasa telah membuka ruang kosong yang akhirnya dipenuhi isu kaum dan agama sehingga menjadi dominan dalam wacana awam.
Artikel lain: Rafizi Ramli akan pertahan kerusi Pandan pada PRU16, tapi bukan bersama PKR