PM Anwar ucap tahniah kepada Syed Saddiq, Bella Astillah -“Kad jemputan jangan lupa”

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 28 Mar 2026 07:04:35

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan selebriti terkenal, Bella Astillah di atas pertunangan mereka petang ini.

Kad jemputan jangan lupa

Menerusi ciapan yang dikongsikan di platform X, Anwar menulis ringkas dengan berharap agar pasangan tersebut tidak lupa untuk mengirimkan kad undangan perkahwinan mereka kelak.

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya ringkas.

Hantaran tersebut dibuat susulan muat naik Syed Saddiq yang memaklumkan bahawa hari ini adalah hari yang cukup istimewa apabila bakal bergelar tunangan kepada Bella Astillah.

Beliau juga berkongsi momen sewaktu melamar pelakon cantik berkenaan di atas Gunung Kinabalu beberapa bulan yang lepas.

Ujarnya, hari ini bukanlah titik noktah kepada hubungan mereka, tetapi permulaan perjalanan panjang yang akan dilalui bersama-sama.

alt

Artikel lain: Bertunang hari ini! Syed Saddiq lamar Bella Astillah di atas Gunung Kinabalu -“She said yes!”

Difahamkan, pasangan tersebut bakal mengikat tali pertunangan pada jam 3 petang 28 Mac 2026 dan akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi.

: X anwaribrahim, Instagram syedsaddiq

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts