Anwar Ibrahim Rasmikan Madani Mart Pertama, Usaha Tangani Kos Sara Hidup

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 03 Apr 2026 10:02:53

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Madani Mart pertama di Indera Mahkota 8 sebagai sebahagian inisiatif kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat dan menangani isu kos sara hidup.

Pengurus Operasi Madani Mart, Lutfi Mohd. Arifin berkata, inisiatif di bawah Yayasan Madani itu memperkenalkan konsep kedai komuniti yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan menerusi slogan ‘Kedai Runcit Harga Rahmah’.

Advertisement
NST : New Straits Times  

“Pendekatan ini menekankan prinsip keterjangkauan, kebolehcapaian dan keadilan harga, selaras aspirasi Ekonomi Madani serta nilai-nilai teras Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dalam memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat.”

“Melalui strategi pembelian pukal dan kerjasama bersama pengedar, Madani Mart menawarkan pelbagai barangan asas termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, barangan sejuk beku serta produk penjagaan diri pada harga yang lebih kompetitif.”

anwar madani mart : Kosmo Online  

“Inisiatif ini turut membuka peluang kepada usahawan tempatan melalui model pelesenan yang komprehensif. Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen dengan menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi latihan, bimbingan dan bantuan operasi bagi memastikan setiap premis beroperasi secara cekap dan mampan,” katanya.

Menurut Lutfi, bagi memperluas capaian, Yayasan Madani menyasarkan sekurang-kurangnya satu Madani Mart di setiap kawasan DUN, dengan sasaran minimum 640 premis di seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan i bawah.

tentera
2026-04-03 16:11:23

Prebet ATM Kritikal Dipuk*l Anggota, Alasan Tak Puas Hati Pembahagian Tugas Di Stor

Anwar Ibrahim Rasmikan Madani Mart Pertama, Usaha Tangani Kos Sara Hidup first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts