PM Anwar dedah usaha selamatkan bekalan tenaga -“Ingat senang pujuk kepimpinan Iran?”

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 05 Apr 2026 20:34:28

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan hubungan diplomatik kukuh Malaysia dengan Iran memberi kesan besar dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara ketika dunia berdepan krisis.

Hasil hubungan diplomatik yang dipelihara

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan konflik yang berlaku telah menjejaskan rantaian bekalan minyak global termasuk peningkatan kos penghantaran dan insurans, namun pendirian tegas Malaysia membantah serangan terhadap Iran memberi kelebihan apabila kapal negara dibenarkan melalui Selat Hormuz.

“Konflik yang berlaku telah memberi kesan besar kepada rantaian bekalan minyak dunia termasuk peningkatan kos penghantaran dan insurans.
“Pendirian tegas Malaysia yang membantah serangan terhadap Iran memberi kesan positif apabila kapal negara dibenarkan melalui Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia.
“Ingat senang untuk pujuk kepimpinan Iran bagi membolehkan kapal kita melalui Selat Hormuz? Ini hasil hubungan diplomatik yang kita bina dan pelihara,” katanya ketika berucap pada program bersama warga Felda di Felda Semenchu.

alt

Diberi jaminan mudahkan urusan

Anwar turut mendedahkan beliau sendiri berhubung secara langsung dengan kepimpinan Iran bagi memastikan urusan melibatkan kapal dan bekalan minyak Malaysia tidak terjejas.

“Alhamdulillah, hasil hubungan diplomatik yang baik, mereka memberi jaminan untuk membantu memudahkan urusan tersebut,” katanya.

alt

Tambah beliau, situasi semasa amat mencabar apabila kos logistik termasuk tambang kapal dan insurans meningkat mendadak susulan konflik di rantau berkenaan, sekali gus memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, Malaysia masih mampu bertahan berbanding beberapa negara lain yang berdepan kekurangan bekalan bahan api, malah bekalan dalam negara masih mencukupi untuk kegunaan rakyat.

: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts