by Oh! Semput
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada konflik yang berterusan di Asia Barat serta penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza dengan memperkukuh perpaduan dan kesatuan dalam negara.

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan dalam keadaan geopolitik global yang semakin tidak menentu, Malaysia perlu kekal bersatu tanpa mengira perbezaan politik, kaum atau agama demi mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan kepentingan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi FELDA, Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Anwar, tiada negara lain yang berdepan kekejaman, rampasan tanah serta kemusnahan berterusan termasuk kematian kanak-kanak dan kemusnahan hospital serta sekolah seperti yang dialami rakyat Palestin selama lebih tujuh dekad.

Artikel lain: Konflik Asia Barat: Umat Islam diseru baca Qunut Nazilah, Solat Hajat demi keamanan- Menteri Agama
Beliau turut menegaskan Ramadan wajar dijadikan medan memperkukuh kesedaran, meningkatkan amal serta mendoakan keselamatan negara dan umat Islam keseluruhannya.
Terdahulu, ketegangan di rantau Asia Barat memuncak selepas serangan udara dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas beberapa sasaran di Iran pada 28 Februari.
Sebelum Tehran bertindak balas dengan menyasarkan pangkalan tentera serta kemudahan logistik Amerika Syarikat di beberapa negara Arab, sekali gus mencetuskan sekatan ruang udara meluas di rantau berkenaan.
: Bernama